Please translate from MALAY to YOUR LANGUAGE
Rabu, 14 Oktober 2009
EKONOMI
PASAR ATAS TANAH: Terdapat pasar basah beralih pada waktu-waktu tertentu yang di gelar 'Pasar Atas Tanah' yang terletak di sini yang hanya beroperasi pada waktu pagi dari jam 11:00 pagi ke 12:00 tengahari pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Harga di pasar ini dikatakan lebih murah berbanding dengan sesetengah tempat. yang lain.
PERTUKANGAN KAYU: Terdapat ramai tukang-tukang kayu yang tinggal di kawasan ini yang pandai membuat rumah kayu kekal atau separuh kekal. Diantara mereka ialah Muda Bin Abu Bakar yang disamping membuat rumah beliau juga berkemahiran membuat sarung senjata, raha serta lain-lain peralatan daripada kayu.

KRAFTANGAN
KAIN TENUN: Terdapat beberapa orang penduduk setempat yang mengambil upah untuk menenun kain daripada pekedai-pekedai dl Pasar Payang serta daripada tempahan peribadi. Antara pengusaha-pengusaha tersebut ialah
SONGKET: Terdapat juga beberapa orang penduduk setempat yang mengambil upah untuk menenun kain songket daripada pekedai-pekedai di Pasar Payang serta daripada tempahan peribadi. Di kawasan ini juga terdapat seorang usahawan songket wanita iaitu Hajjah Zainab Binti Mamat yang telah dinobatkan sebagai "Tokoh Kraf Negara 2002' dan juga menerima 'Anugerah Usahawan Warisan 2005' atas usaha beliau dalam industri songket. Beliau telah banyak membuat serta menghasilkan songket-songket yang bercorak eksklusif.
SERKAP IKAN DARAT: Seorang yang bernama Mohd Amin Abdullah menjalankan kegiatan membuat serkap ikan darat ini secara bersendirian dengan mengambil tempahan daripada orang perseorangan di Bukit Zainal. Beliau dikenali sebagai 'Mat Amin Serkap Ikan Darat' oleh penduduk setempat.

KEBUDAYAAN
SILAT: Pada suatu ketika dahulu. Gong Tok Nasek mempunyai ramai persilat tapi kini tiada kesenambungan dalam kesenian ini.
RODAT: Permainan Rodat pernah popular di kawasan ini suatu ketika dahulu. Namun permainan ini tiada kesenambungannya lagi.
SUMBER/PENCERITA
1. Allahyarham Embung Bin Yusof (Pak Embong Tukang Urut / Ketua Kampung)
- Kg. Bukit Depu ( Tahun)
- Kg. Bukit Depu ( Tahun)
Langgan:
Catatan (Atom)